IPOH: Polis telah mengenal pasti individu yang memuat naik video siaran langsung di sebuah kedai menjual pelbagai senjata di Sayong Lembah, Kuala Kangsar yang mendakwa bakal berlaku perhimpunan ulama dan kemunculan Imam Mahdi.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, siasatan masih diteruskan meskipun video berkenaan sudah padam oleh pemilik akaun Facebook terbabit.
"Video itu sudah dipadam dan kita tidak lagi boleh diakses tetapi siasatan akan tetap dilakukan.
"Tuan punya kedai pun tidak mengetahui isu ini kerana dibuat oleh orang lain namun, kita sudah kenal pasti subjek yang memuat naik video itu," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini pada Isnin.
BACA: Polis siasat video tular dakwa ulama bakal berhimpun, kemunculan Imam Mahdi
Sinar Harian Jumaat lalu melaporkan polis menjalankan siasatan lanjut berhubung video individu ketika mengunjungi sebuah kedai yang menjual pelbagai senjata antaranya pedang dan keris.
Menurut Mior Faridalathrash, siasatan berkaitan tular menggunakan rangkaian tidak wajar ini akan dilakukan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Menerusi siaran langsung durasi lapan minit 56 saat itu, individu terbabit memberitahu bakal berlaku sebuah perhimpunan dihadiri hampir 300 ulama untuk menyaksikan kebangkitan khalifah ALLAH iaitu Imam Mahdi.
Dia turut meminta agar orang ramai mempersiapkan diri dengan busur panah dan pedang bagi menyahut seruan jihad daripada Imam Mahdi.
Artikel asal di Sinar Harian.
Sinar Harian
Mon Jan 24 2022
Mior Faridalathrash berkata, siasatan masih diteruskan meskipun video berkenaan sudah padam oleh pemilik akaun Facebook terbabit. - Sinar Harian
10 pekerja maut dalam letupan kilang mercun di India
Sekurang-kurangnya 10 pekerja termasuk enam daripadanya wanita terbunuh dalam letupan di kilang mercun berlesen di kampung Sengamalapatti di Sivakasi, Tamil Nadu, India.
Filipina gesa diplomat China diusir
Ia berhubung dakwaan kebocoran perbualan telefon dengan seorang pegawai tentera Filipina berhubung perbalahan di Laut China Selatan.
Astro Kem Badminton singgah di Johor Bahru
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
61 maut akibat strok haba di Thailand
Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan, kematian akibat strok haba di Thailand setakat tahun ini adalah 61 kes, lebih banyak daripada angka keseluruhan direkodkan tahun lalu.
China minta Filipina henti provokasi
Reaksi itu diberi China selepas penasihat keselamatan negara Filipina menggesa pegawai kedutaan China diusir, pada Jumaat.
Serangan Rafah: Hanya sebuah hospital beroperasi
Hospital Kuwait kini menjadi satu-satunya institusi perubatan yang berfungsi di bandar dengan populasi lebih satu juta penduduk itu.
[TERKINI] PBB lulus resolusi iktiraf Palestin sebagai anggota penuh
PBB lulus resolusi mengiktiraf Palestin sebagai negara anggota penuh, dengan 143 negara mengundi menyokong,9 menentang dan 25 berkecuali.
Keputusan SPM kekal pada 27 Mei - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) mengekalkan tarikh keputusan pengumuman Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 pada 27 Mei ini, kerana yakin pelajar mempunyai masa mencukupi membuat persiapan permohonan kemasukan ke institut pengajian tinggi (IPT)
KPM perkasa sistem pendidikan sejajar titah Tunku Mahkota Ismail - Fadhlina Sidek
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif memperkasakan sistem pendidikan negara, selaras dengan titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang mahukan langkah lebih proaktif dalam meningkatkan sistem dan kualiti sektor itu.
Kerajaan beri jaminan sedia rawatan susulan - Dr Dzulkefly
Malah KKM juga tegas beliau juga ada kaedah menyediakan bantuan diperlukan kepada penerima yang mengalami kesan sampingan daripada suntikan vaksin.
Dakwa Imam Mahdi muncul pada hari Arafah
Dipercayai separuh daripada 300 pengikut Habib Shah Firdaus Habih Ahmad yang berada di Arab Saudi sejak Mac lalu sudah pulang ke Malaysia selepas mendapati tiada apa-apa berlaku pada hari Arafah.
JAIPk sedang kenal pasti lokasi kumpulan ajaran sesat 'Imam Mahdi'
Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) sedang mengenal pasti lokasi sebuah kumpulan ajaran sesat 'Imam Mahdi' yang didakwa berpusat di negeri ini.
Polis Perak siasat kumpulan ajaran sesat 'tentera Mahdi'
Polis Perak akan mengadakan risikan terperinci dan perbincangan bersama dengan JAIPk berkenaan kes pemuda yang mengaku sebagai Imam Mahdi.
Lelaki dipenjara 24 bulan, denda kerana isytihar diri Imam Mahdi
Mat Alimin Abdullah, 36, didakwa melakukan kesalahan tersebut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pada Selasa.
KDN sedia bantu Jakim siasat lelaki mengaku Imam Mahdi - Ahmad Zahid
KDN bersedia bekerjasama dengan Jakim untuk menyiasat seorang warga Indonesia, Muhammad Zubir Amir Abdullah yang mengaku sebagai Imam Mahdi.
Bekas pegawai kanan FGV antara disyaki terlibat kegiatan keganasan
PDRM menahan lima lelaki di sekitar Johor dan Selangor pada 9 hingga 13 November 2015 kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pengganas.